Isnin, November 15, 2010

Liputan Berita Harian, Edisi Melaka & Negeri Sembilan

Berita mengenai karnival dan pemenang GPS Hunt Challange di akhbar Berita Harian, Edisi Melaka & Negeri Sembilan, Isnin 15 November 2010.

Ahad, November 07, 2010

Majlis penutup

Pada petang Ahad 7 November 2010, majlis penutup karnival telah diadakan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB Dato’ Haji Hasan Bin Malek. Pada majlis tersebut juga telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang GPS Hunt Challange.

 

Pertandingan Memasak Dan ICT

Pertandingan Memasak Dan ICT telah dijalankan pada hari Ahad 7 November 2010 bermula kira-kira 11 pagi. Peserta yang terlibat dikehendaki memasak masakan yang mereka pilih, dan seterusnya membuat presentation dengan menggunakan komputer berkenaan masakan mereka.


GPS Hunt Challange

Pertandingan GPS Hunt Challange telah bermula di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Seremban, pada hari Ahad 7 November 2010. Para peserta telah berkumpul sejak kira-kira pukul 8 pagi, sebelum dilepaskan kira-kira pukul 9 pagi. Upacara pelepasan peserta telah dilaksanakan oleh En. Azizulhakim Azizan, Naib Presiden Majlis Belia Negeri.



 

Sabtu, November 06, 2010

Persediaan majlis penutup

Operasi menyiapkan dewan, termasuk pemasangan latar belakang dan lain-lain untuk majlis penutup keesokannya. Kerja-kerja tersebut bermula sekitar pukul 9 malam hari Sabtu 6 November 2010.



Aktiviti dimulakan

Sejak pukul 9 pagi hari Sabtu, kaunter-kaunter aktiviti telah mula dibuka. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah ICT Speed Wall Climbing, Virus Target Shooting, ICT Kick-off, ICT Hooperz dan Half-Life Cybergames. Setiap kaunter diuruskan oleh AJK yang telah diberi tugasan mereka. Pengunjung hadir secara beransur-ansur untuk menyertai setiap aktiviti yang diadakan. Kaunter aktiviti tersebut dibuka berterusan untuk dua hari.




Jumaat, November 05, 2010

Taklimat dan perancangan akhir


Pada malam hari Jumaat 5 November 2010, taklimat akhir telah diadakan di antara semua AJK yang terlibat. Seramai kira-kira 30 orang AJK telah diberi penerangan berkenaan dengan karnival dua hari yang akan berjalan esoknya. Antara perkara penting yang diutarakan adalah mengenai pembahagian tugas serta sesi soal jawab. Ketika taklimat itu juga para AJK mengumpulkan idea mengenai cara-cara menangani sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Segala semakan akhir mengenai sebarang perkara termasuk peralatan, kelengkapan, prosedur perjalanan aktiviti dan lain-lain dijelaskan ketika taklimat tersebut.


Bersiaran secara langsung di radio Negeri FM

Pada hari Jumaat 5 November 2010, wawancara mengenai karnival telah dibuat secara langsung di konti stesen radio Negeri FM. Wawancara tersebut berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan bersiaran selama lebih kurang 30 minit.