Khamis, November 04, 2010

Banner dan bunting

Kerja-kerja menggantung banner dan bunting karnival telah dilakukan oleh beberapa AJK karnival pada hari Rabu malam Khamis, bermula kira-kira pukul 11 malam, 3 November 2010. Kawasan yang terlibat merangkumi kawasan di pusat Kuala Pilah hingga ke jalan Seremban-Kuala Pilah, termasuk di simpang-simpang jalan. Berpuluh-puluh bunting telah digantung di sepanjang jalan, dan beberapa banner telah dipasang di kawasan-kawasan tumpuan utama. Kerja-kerja tersebut pada mulanya dijangka habis sekitar 2 pagi. Namun tanpa dijangka, kenderaan pengangkut telah mengalami kerosakan serius dan AJK terlibat terkandas di kawasan Melang, Kuala Pilah, kira-kira pukul 3 pagi. Kerosakan yang tidak dapat dibaiki itu memaksa AJK menunggu waktu pagi untuk mengambil tindakan seterusnya.






Tiada ulasan: