Para peserta berpeluang bertanding dan menjalankan aktiviti wall climbing sambil mempelajari sedikit sebanyak tentang ICT. Pemenang akan menerima hadiah.
- Terdiri daripada dua kategori: lelaki dan wanita
- Pendaftaran secara walk-in
- Yuran penyertaan sebanyak RM7 untuk sekali penyertaan
Perjalanan pertandingan adalah seperti berikut:
- Peserta akan diminta mencabut soalan berkenaan ICT. Soalan akan berbentuk Betul/Salah.
- Setelah membaca soalan, peserta akan bersedia di garisan permulaan.
- Apabila wisel dibunyikan, peserta akan dilepaskan untuk mendaki wall. Catatan masa dimulakan.
- Peserta akan memilih jawapan Betul/Salah seperti yang tertera di puncak wall.
- Sebaik saja peserta memilih jawapan, catatan masa akan dihentikan, markah direkodkan.
- Peserta diminta mencabut soalan untuk pusingan kedua. Ulang langkah 1 hingga 5
- Jumlah soalan yang perlu dijawab adalah dua soalan. Maknanya peserta perlu mendaki dua kali. Dalam erti kata lain, pertandingan berjalan untuk dua pusingan.
- Markah dikira berdasarkan jumlah jawapan yang betul untuk sekali penyertaan. Peserta yang seri dengan markah tertinggi, pemenangnya akan ditentukan melalui catatan masa terpantas.
Hadiah:
- Tempat pertama : RM100
- Tempat kedua : RM70
- Tempat ketiga : RM50