GPS Hunt Challange


Dijemput semua untuk menyertai GPS Hunt Challange, satu aktiviti berkonsepkan "pencarian harta karun" (treasure hunt). Butiran penyertaan adalah seperti berikut :
  1. Berkumpulan terdiri daripada 4 orang sekumpulan.
  2. Berkereta / berkenderaan.
  3. Setiap kumpulan wajib ada sekurang-kurangnya satu kamera atau sebarang alat yang boleh mengambil gambar (telefon bimbit berkamera pun boleh diterima).
  4. Yuran penyertaan RM50 satu kumpulan.
  5. Laluan bermula dari Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Seremban dan tamat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.
  6. Semua peserta diwajibkan berkumpul di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Seremban, bermula pukul 8.00 pagi hari Ahad 7 November 2010.
  7. GPS Hunt Challange akan bermula tepat jam 9.00 pagi.
  8. Semua peserta diwajibkan tiba di garisan penamat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah sebelum pukul 1.00 tengahari. Kelewatan berbuat demikian akan dikira terkeluar daripada pertandingan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan, sila hubungi En. Azham di nombor O19-622 5591.