Pada Sabtu, 14 Ogos 2010, para AJK karnival telah meluangkan masa melawat tapak karnival yang bakal diadakan. Tapak tersebut bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Seremban menuju ke tempat tersebut mengambil masa kira-kira 45 minit. Perjalanan terganggu seketika kerana kesesakan trafik diakibatkan oleh pasar sempena Ramadhan.
Tibanya di tapak tersebut, para AJK telah meninjau keadaan sekeliling serta mengenalpasti ruang kawasan yang sesuai karnival. Antara ruang yang didapati termasuklah dewan besar, gimnasium, dataran, bilik-bilik kuliah, gelanggang-gelanggang, padang dan sebagainya. Secara keseluruhannya para AJK berpuas hati dengan keadaan yang ada dan mendapati dengan perancangan yang betul, ia sesuai untuk dijadikan tapak karnival.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan