Isnin, Ogos 16, 2010

Pengenalan kepada Audacity

Audacity merupakan sebuah perisian percuma, yang berfungsi untuk merekod dan menyunting audio. Ia boleh didapati untuk Windows, Mac OC X, Linux dan BSD. Audacity telah dicipta oleh Dominic Mazzoni semasa beliau menjalani pengajian di Universiti Carnegie Mellon. Mazzoni sekarang bekerja di syarikat Google, tetapi beliau masih lagi membangunkan dan menyelenggara Audacity, dengan bantuan ramai orang di seluruh dunia. Pada masa kini, versi terbaru Audacity adalah 1.3.12, masih di peringkat beta, dilancarkan pada 1 April 2010. Pada 20 Oktober 2009, Audacity merupakan perisian ke-6 paling popular dimuat turun dari SoureForge.net, dengan jumlah 63 juta muat turun. Audacity memenangi anugerah SourceForge.net 2007 Community Choice Award bagi Projek Terbaik Multimedia.



Laman web rasmi Audacity : http://audacity.sourceforge.net/

Tiada ulasan: