Rabu, Ogos 18, 2010

Pengenalan kepada Photoscape

Photoscape merupakan sebuah perisian yang dicipta untuk menyunting foto. Perisian percuma ini adalah satu kemestian bagi seorang jurugambar. Tiada cara lain untuk menggambarkan pelbagai pilihan peralatan suntingan yang terdapat dalam perisian ini. Ia mengandungi paparan fail, penyunting foto, penyunting slide show, dan pelbagai lagi fungsi lain. Selain itu, perisian ini mempunyai beberapa fungsi yang tidak terdapat pada perisian lain. Walaupun perisian ini percuma, penciptanya mengalu-alukan sebarang sumbangan. Jika pengguna perisian ini mendapati ia sangat berguna dan menggunakannya dengan kerap, sumbangan mereka amat dialu-alukan.
 




Tiada ulasan: